Isnin, 3 Mac 2014

KakiJalanKe - Hadnyai

Hari Ke - 2
Setelah balik dari Krabi CheqNa dan kawan-kawan tak melepaskan peluang yang ada untuk melawat Kota Hadnyai. Actually Hadnyai ni memang luas. Banyak tempat kita boleh pergi melawat dan bergantung kepada kita nak pergi ke tempat macam mana.Nak bershopping? Nak makan sedap? Nak pergi berspa ker...Semuanya ada..Sedia $$$ jer kalau kat sini. Pengangkutan utama adalah Tut Tut. Jangan lupa tukarkan duit Bhat siap-siap.







Sabtu, 1 Mac 2014

KakiJalanKeKrabi

Assalamualaikum...Alhamdulillah CheqNa baru kerkesempatan untuk membuat blog sendiri.Dah lama CheqNa berkira-kira nk buat blog sendiri akhirnya tercapai jugak impian..Syukran dengan izinnya..Blog ni khas untuk tatapan CheqNa dan keluarga dan kawan-kawan yang tersayang untuk panduan berjalan seluruh dunia.

Kaki Jalan Ke Krabi, Thailand pada Disember 2012

Ini adalah pengalaman yang ke berapa pun CheqNa tak ingat jejak kali ke Thailand. Selalu CheqNa akan pergi ber'shopping' menghabiskan duit di Hadnyai, Thailand. Kali ini jiwa bergelora teringin nak berjalan makan angin bersama kawan CheqNa yang tersayang.

Sebelum tu CheqNa nak kongsikan sedikt berkenaan Krabi ni pada anda semua. Krabi adalah satu pekan yang terletak di barat selatan Thailand. Populasi penduduk adalah sekitar 24000 -25000 pada tahun 2005 (sumber wikipedia). Sekarang mungkin sudah lebih dari jumlah tersebut. Industri pelancongan merupakan tarikan utama di Krabi. Kadar suhu adalah sama lebih kurang Malaysia iaitu sekitar 32' darjah. Kedudukannya adalah menghadap Laut Andaman sama seperti Phuket.